Tuesday, 13 December 2011

...

Posted by ~Shue Aida~ at 19:47 0 comments
Assalamualaikum..

Eh..eh..lamenya rsa xjengah ke blog ni..
Tibe2 hari rsa rindu plak kt Melody Hati ni.. heehe..

Friday, 27 May 2011

~Kisah Hati~

Posted by ~Shue Aida~ at 11:07 0 comments
Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

 Hati sy sgt2 sedih~!!! :'(

Tuesday, 10 May 2011

~My cousin's Engagement~

Posted by ~Shue Aida~ at 01:16 0 comments
Assalamualaikum....
Pada 7 Mei yg lepas cik shu & family menghadiri majlis pertunangan sepupu sebelah abah di Felda Sg. Tengi, Selangor. Seronok dapat berkumpul bersama sanak-saudara. Sumenye dh 'besor2' belaka..hihhi

To my cousin, Congratulation..dh melangkah satu step..Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..

Cik pengantin & anak buahnye (Adib)

Hantaran dari pihak perempuan

Ni namanye amik berkat.. ;)


p/s: En. Tac, kalau btunang nnti nk pelamin yg cntik mcm ni jugak boleh? 
       (mood: berangan xsudah) ;)

~"Selamat Hari Ibu...."~

Posted by ~Shue Aida~ at 00:51 0 comments
Assalamualaikum....
Buat ibuku Pn. Sapiah binti Samsuri..
ku dedikasikan khas buatmu..



Ibu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

"Selamat Hari Ibu...."

Tuesday, 3 May 2011

~Saya budak baru belajar~

Posted by ~Shue Aida~ at 22:01 0 comments
Assalamualaikum...
Sejak2 menganjurkan Program Expert Workshop (Jahitan Manik & Labuci) ni..
sy dh ade hobi baru..Sgt excited membeli manik dan labuci nk jahit kt baju ;)

Dan hasilnye adalah............. 



hehee...Ni la hasilnye satu mlm xtdo... @_@ 
Xde la cntik mne pn..ok la untk 1st try kn..tp sgt puas hati sbb berjaya jugak menjahit manik kt bju sdri.. Klau dlu tgok org jait slalu ckp 'isk..susahnyee..rumit...baik tempah je..' tp bile dh bjaya buat sdri..ala..kacang je..hahaha..
Dh merancang2 2nd project untk bju raya..lalalala~~

Ade sape2 nk tempah x?? heeee~

~Bandar Diraja~

Posted by ~Shue Aida~ at 21:37 0 comments
Assalamualaikum....
Lama sungguh rsanye tak meng'update' MeloDy HaTi ni dek kerana ke busy-an yg tidak seberapa itu.. ;)
Harini nk story pasal jalan-jalan makan angin ke Kuala Kangsar, Perak. Entry ni sptutnye berminggu2 yg lepas..hoho..sudah berlumut la cerita ni kn..
Actually, walaupn sy dh hampir 20 tahun menetap di Perak tp sy xpenah pergi Kuala Kangsar..huhu..T_T setakat bhenti makan kt R&R Sg Perak tu penah la.... 
Sempena Keputeraan Sultan Perak pd 19 April haritu, En. Tac ajak jln2 ke Kuala Kangsar Bandar Diraja.. tp syg, lupe nk bwk camera..huhu..terpaksalah menggunakan camera henfon yg xberapa nk canggih ni...

Pintu masuk Galeri Sultan Azlan Shah
 Ni la Galeri Sultan Azlan Shah..Masuk pd haritu free je..hehe..jd rmai le org dtg.. ;) 
Sume berkenaan Sultan Azlan Shah & family ade kt sni..paling suke tgok pelamin Raja Nazrin kawin..siap ade video msa kwin lg..bju pengantin isteri dia sggt cntik ok..tp xboleh amik gmbr dlm tu..mungkin atas sebab2 keselamatan.. Ni smua pict di sekitar luar kwasan Galeri Sultan Azlan Shah..









Ni pulak Muzium Diraja Perak...tp syg msa hrtu tu xbleh msuk sbb kerja2 pembaikan sedang dijalankan.. dpt tgok dri luar je.. Ape pon mmg cntik la seni reka istana ni..mmg klasik + kemelayuan..
Muzium Diraja Perak


Tempat yang paling sy kagum dan terpesona adalah Masjid Ubudiah Kuala Kangsar..
Subhanallah..sgt cantik..Seni reka mmg cntik. Sempat la solat zohor kt masjid ni...kt luar masjid ni ade meriam tau..hehe
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar~~


Ni la meriamnye...

Itu shja la tmpt yg sempat dilawati..xsempat pn nk mkan laksa belut yg org slalu ckp sedap tu...Next time kne pg lg..
I Love Perak so much.. ;)


Friday, 15 April 2011

~Gula-gula hati~

Posted by ~Shue Aida~ at 19:47 0 comments
Saya rindu gula-gula hati sy.. ;(

Thursday, 24 March 2011

~Buah Hatiku~

Posted by ~Shue Aida~ at 19:36 0 comments
Assalamualaikum...

Harini sy nak mengabdikan potret buah hati pengarang jantung sy kt Melody Hati ni..
Tanpa buah hti ini sape la sy..tanpa buah hati ini sy mungkin bukan sy yg sekarang...
tanpa buah hati ini sy xbleh hidup.. Buah hati ini adalah segala-galanya..
Oh buah hatiku~~ daku sgt syg padamu....


Ni la buah hati pengarang jantung hatiku....

En. Mishan & Pn. Sapiah


Mak abah..anakmu ini sgt menyayangimu...
Terima kasih untk sgla kehidupan ini... ^_^

Wednesday, 23 March 2011

~Demi MASA~

Posted by ~Shue Aida~ at 19:50 0 comments
“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.

- Surah Al-Asr-



 

Tuesday, 22 March 2011

~Sikap Wanita yang Disenangi Lelaki~

Posted by ~Shue Aida~ at 20:35 0 comments
Assalamualaikum...
~Buat renungan semua~

Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.
Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."
(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)


01.Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.

02.Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.

03.Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

04.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

05.Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?

06.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

07.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

08.Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

09.Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.


Saturday, 19 March 2011

~Voucher!!!~

Posted by ~Shue Aida~ at 02:37 0 comments
Assalamualaikum....

Hrni sy dikejutkan dgn 1 bungkusan dri GDex.. Bdebar2 rs nk bukak...hihihi
Nak tau ape ade dlm bungkusan tu...??
Tadaaaaaaaaaaaaaaa.............

tbe2 rs nk g bali.. ;)

mcm2 jenis voucher..hihi..

hoho..byknye voucher... @_@... tah bile la nk tbus bnda alah ni sume..nk g bcuti kt oversea lg la..haha
agaknye kne simpan nk g honeymoon nnti la kot..hihihi

Thursday, 17 March 2011

~Bz day~

Posted by ~Shue Aida~ at 02:48 0 comments
Assalamualaikum....

Penat..penat...penat... hrni hri yg tsangat lah bz.. suara pn dh serak2..huhu.. bru settle 1 hri untuk program cuti sekolah..ade 2 days to go..chaiyookk2x!!!

Walaupun penat berbaloi tengok kanak-kanak tersenyum gembira..hrni dorg belajar mcm mana nk buat Digital Story Telling (DST)..

Next time sy upload gmbar ye... ;)

Tuesday, 15 March 2011

~Menu special~

Posted by ~Shue Aida~ at 06:24 0 comments
Assalamualaikum....

Skrg ni dh start musim tengkujuh..tiap2 petang msti hujan. Bila dh hujan perut pn mula la start berkeroncong.. ;)
pikir punya pikir menu apela nk makan mlm ni...dan hasilnye adalah...............

Maggie kari special.. =D


hehe..maggie kari je pon..tp slalu mkn maggie dgn telur..ni tkar mkn maggie dgn ikan bilis greng..
Bile mkn cmni teringt masa zaman belajar kt uum dlu..tiap kali balik kg mesti bawak bekal ikan bilis greng dgn cili kering. Sebabnye nnti boleh makan dgn maggie. Ini je la makanan yg tahan lama disimpan...hehe...

Kita makan dulu~~

Monday, 14 March 2011

~My frens Wedding~

Posted by ~Shue Aida~ at 02:20 0 comments
Assalamualaikum...

Semalam sy n family g makan kenduri di Seremban, Negeri 9. Seronok jugak dapat jln2 ngn family..Plan asalnye lpas kenduri nk main2 air laut di Port Dikson..huhu..malangnye bru2 ni kn dh jd stunami kt Jepun.. so, plan kite untuk bersiar2 di tepi pntai dn bermain banana boat terpaksa dibatalkn..Lain kali ye adik-adikku.. Safety first!

Berbalik kpd kenduri kawin td..Pengantin perempuan ni adalah housemate sy msa kje kt Tanjung Malim dulu..Dia rapat ngn family sy.. Sbb tu la kami satu family g kenduri ni.. ;) Pengantin lelakinye pulak kawan kt company sy praktikal dulu..hehe..so, kedua-dua pengantin ini adalah kawan sy..^_^ 

Congrats to both of you.. ;) 
May your marriage bring you all the exquisite excitements a marriage should bring, and may life grant you also patience, tolerance, and understanding~~

 
Bagai pinang dibelah dua.. :)
Congrats to k.yati & Mizi
Ambil seri pengantin..hihi
My family & Pengantin
Pengantin menjamu selera
Saya bersama kek pengantin... ;)

 To kak yati & Mizi:
  ~ Selamat Pengantin Baru
  ~ Semoga kekal hingga ke anak cucu
  ~ Cepat2 dapt bby ye..sy xsabar nk jd aunty shu.. ^_^
  ~ Berbahagia sampai syurga..

Friday, 11 March 2011

Shopping time!!

Posted by ~Shue Aida~ at 19:39 0 comments

 Assalamualaikum...

Aha...Shopping!! ;) Last weekend teman my Tac shopping baju keje dia.. 1 pekan Ipoh kami duk pusing..nk cri yg berkenan di hati dia dn di hati sy..hehe ;D
1st destination kami adalah Jusco Ipoh.. Acctually xjmpa pn bju yg berkenan dihati..Tp ape yg dapat??
Tadaaaaaaaaa…..
 
Pict ni di ambil dri google..xsmpat nk snap dh abes..

Big Apple Donut!! dh lame xdpt makan bnd alah ni..hehe... dh terlepas la kempunan ;P
sebelum keluar dri Jusco sy smpt singgh kt Lovely Lace blikn something untk 'My-Vto'

dah siap gantung kt 'My-Vto~~

2nd destination adalah Greentown Mall Ipoh...haa..kt sni bru la jump bju2 yg Tac bekenan..shopping punye shopping perut pn dh lapar.. Cari port nk makan..menjamu selera di Sabar Menanti..tiap2 kali g Ipoh msti makan kt sni..so far, ok la makanan dia..harga pn berpatutan.. sy suke ikan bakar dia.. ^_^

Dah kenyang sambung aktiviti shopping lg..Ini adalah destinasi terakhir kami Yik Foong Complex..xtau nk bli ape pn kt cni..tgok2 brg komputer je..tp xbli pn..

Dh penat...kne blk sblum pukul 6..nnti mak sy bising...hehe..anak emak kn... ;)
daaaaaa.......

~Mentouch-up 'MeLody HaTi'~

Posted by ~Shue Aida~ at 08:34 0 comments
Assalamualaikum....

Aihh..lama rsanye xmenjengah ke blog ni. Patut la dh penuh habuk ngn besawang2..hihi..
So, aktiviti hari ni adalah membersihkn mentouch-up 'MeLody HaTi' ini.. ;)

ini adalah bahan2 yg diperlukan ye.. ;)

 

Monday, 28 February 2011

~Muka ada shenyummm~

Posted by ~Shue Aida~ at 01:58 4 comments
Suke...suke..sgt2 suke...
Happy ssgt2 dpt 'birthday present' dari my lovely TAC wlaupun celebrate dh lewat seminggu...
Tq muchhhhh..syg awak byk2..hihihihi..

Muka ada shenyummmm~~~



Tahun dpn nk lg ye syg..lalaala... ;)
 mood: dlm hati ade taman bunga yg sedang berbunga2...

Friday, 25 February 2011

~Jangan bersedih... ~

Posted by ~Shue Aida~ at 02:01 0 comments
~Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu... ~
~Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.. ~
~Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.. ~

Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya..



Thursday, 24 February 2011

~MY BEST FRIEND FOREVER~

Posted by ~Shue Aida~ at 00:14 4 comments
 Assalamualaikum...
Tengok gambar zaman muda mudi... oh..dh tua rupenye aku..huhu
Tiba2 terpandang gambar zaman di alam universiti...wah...rindunye kt kawan msa study dlu..
Especially kt 'MY BEST FRIEND FOREVER'.. -Nuha, Opy n Mala-

~Zaman muda-mudi~

Rindu sgt kt korg..bila la agaknye kite dpt jmpe nk kuar same2 cm dlu.. Banyak sgt kenangan kite sama2..g jalan2, buat assigment last minute smpai tgh malam, ponteng kelas, g mkn kt LEGO..huhu..semua dh tinggal kenangan.

Sekarang semua dh ade komitmen masing-masing..
Mala & Husband

Opy & Husband


Nuha & Fiancee
Aku masih sendiri......
 Ape pn kite tetap sahabat selamanya......
Semoga kita sama2 berbahagia dengan kehidupan masing2 di Dunia dan Akhirat.. ~Amin~
eh..jgn lupe doakan sahabat korg sorg ni cpt dpt jodoh ye..hihihi

p/s: Kidnap pict dari fb korg ni..hihhi

Layan lagu "Sahabat selamanya" by PADI~~

Wednesday, 23 February 2011

~Kesalahan Terbesar~

Posted by ~Shue Aida~ at 01:52 0 comments
The greatest mistake you can make in life is to be continually fearing that you will make one.
- Elbert Hubbard -

Tuesday, 22 February 2011

~Saya sudah 25 tahun~

Posted by ~Shue Aida~ at 01:22 1 comments
Tik..tok..tik..tok... 20/2/2011.. My Birthday!!

Suprise from my team...


                                             
My Birthday cake...yummmy!!

Hehehe...malu saya...



Tqvm to Warisan Global team yg suprise bang bang boom + cake yg shedap itu...nsib baik xnanges kn..hihii...SGT TERHARU...
Special thanks to my PJK & PIK team yg nyanyi utk sy...korg memang THE BEST TEAM in the world la...
Luv u all!!!

Semoga tahun ini rezeki sy bertambah dan segala impian akan jd kenyataan...

~Saya sudah 25 tahun~

Thursday, 17 February 2011

~Tahajjud Cinta~

Posted by ~Shue Aida~ at 04:44 0 comments
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud


~By: Ct Norhaliza~
 

~ MeLoDy HaTi ~ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei